Wednesday, December 21, 2016

KEMBARA TURKI 10-19 DIS 2016

Hi semua... lama mokcik tak hapdet. Tetiba jew rasa nak menulis berkongsi cerita. Semoga bermanfaat. 😊😊
Day 1
Istanbul ke bolu
perjln sekitar beberapa jam

otw solat di masjid Sultan Ahmed, digelar org masjid biru sebab dinding marmar didlm masjid berwarna biru.

Then gi Istana tokapi. Melihat sejarah susur galur pemimpin zaman otomon. Sallehudin Alayubi yg menakluk constantinople.

Bermlm di resort Bolu. Pertamakali lihat salji.
Cuaca sgt sejuk, suhu sekitar 1-3°c. berguna ler sarung tangan n baju tebal warna oren tue huhuhu. Vogue pulaks mokcik rasa.(mood perasan hahaha). excited giler kita orang n ahli jemaah rombongan 😆😆



Day 2: Bolu ke Capadokia
Seawal 7.30 am bergerak. Begitu ler hari2 berikutnya. wakeup call 6am. Breakfast 6.30am. Solat subuh 7am (subuh masuk lewat... musim sejuk, malamnya panjang. Maghrib seawal 5.15pm)

otw kami melawat Musuem dan Makam Kamal Artatuk.

Bermalam di Hotel Suhan, Capadokiya selama 2 malam.

Day 3: Ziarah sekitar capadokia.

Tunggu utk naik hot ballon. Tak dpt sebab cuaca tak .mengizinkan. Blessing in disguise ler jugaks... hohoho selamat USD 400 belanja mokcik & pokciks 😆😆😆. Boleh guna utk melontar... yeehaa!!!

Jam 9pagi kami bergerak utk
melawat tempat buat karpet- handmade carpet. Harganya kus semangat. tersgtlah mahal. Berbaloi la dgn bahan yg digunakan iaitu sutera n bulu kambing. Hatga bergantung pd saiz n masa  utk menyiapkan karpet. Ada yg amik masa 4 thn dsbnya.

Lepas tue kami gi lawat tempat buat ceramic. Cantik2 hasil buatannyer. Ceramic yg guna bahan dimana ia bercahaya dlm gelap. Terpegun kitew dik non.

Kemudian gi melawat tempat barang kemas dari batu zirkon. Katanyer hanya terdpt di Turki. Batunya  boleh bertukar warna hingga 5 warna bergantung pd cahaya. dr brownish ke hijau dll. Harga boleh tahan juga. Kedai dlm hotel kami jual dgn harga jauh lebih murah bersama sijilnya. Moral of the story kalau u olls gi nanti beli di pasar2 biasa jew. Kat spice market, pun ada jual. Mokcik pun beli 1. Buat kenang2an... gitew😙😙

Lawatan di teruskan ke bekas kawah gunung berapi. Cantik tempatnya. tinggalan batu2nya membentu pelbagai rupa yg unik dan menarik.

Day 4 : Capodokia - Konya - Pamukalle.

Semasa tiba di hotel tiada terdpt salji. Alhamdulillah pagi hari turun utk checkout, salji telah tebal menutupi jln dan pokok. Pemandangan yg cantik utk kita yg sekali sekala tgk. Jakun ler pulaks.

Perjalanan kami terhenti seketika setelah berada lebih kurang 1j30minit. Jalan ditutup. Ribut salji tebal n terpaksa duduk didlm bas...whaaaa.

Tentafif terpaksa diubah. Bas berpatah balik. utk minum n gi WC (water centre) international symbol utk toilet.

Selepas  lunch perjalanan diteruskan ke konya yg amik masa 2 jam n seterusnya ke pamukalle dlm 4j.

Lawatan seterusnya ke makam Jalaludin al - Rummi pengasas tarian tarikat sufi n factory outlet dibatalkan huhuhuh. Itu risiko jenjalan masa winter. mood sedih

Dlm perjlnan dr Konya ke Pamukalle sekali lg trafik terhenti. Berderau kitew... Ada accident. Jalan licin sebab salji. Hancur keretanya. Tak sempat amik gambar.

Day 5:  Pamukalle
Kami melawat cotton castle - makna pamukalle dlm bahasa Turki. Disini ada 7 tunnel water. Warna putih di sana terjadi oleh proses pengoksidanan. Pemandangan sgt cantik. Ada aliran air panas yg sgt best bila disentuh sebab cuaca tersgt ler sejukkk. Disini adalah salah satu world heritage site. Hasil peninggalan dr gempa bumi.
Disini mokcik dpt beli cincin zirkonik yg boleh bertukar 5 warna ikut cahaya dgn harga jauh lebih murah dr tempat pameran di kapadokia.
Merasa juga aiskrim disini... sedap. Semua aiskrim dr susu kambing hokay!

Lunch di restaurant secara buffet. Makanan turki lagi. Wajib ada roti dan aneka sup. Kita layan jelah dik Non...
Solat di masjid. Masjid lama tapi senibinanya cantik.

Then kami lawat gua 7 sleepers-ashabul kahfi versi Turki. Ada ladang limau berhampiran.

Lepas tu lawat ephesus tempat lahir maryam ikut org kristian.
bandar tinggalan lama. sgt cantik senibina. diluar ada tempat melontar. turkish delight 7 paket 20lira, sampai tangga bas dikejar. Mokcik beli la... murah kottt.

Sampai hotel lebih kurang 6.30 pm di hotel suhan 360. Cantik hotel n bilik nyer. sarapan pg tak byk pilihan. makan roti n cornflakes aja. agaknya dia tau kita x makan sgt... tak sama selera gitew. Mokcik buat special request utk 3 minutes egg. maknya half-boiled ler dikkk. cakap half boiled dia x faham kuikuikui...

Day 5:  Kusadasi ke Bursa
Early morning gi tgk fashion show di kedai barangan kulit di Tolar Leather outlet. Jaket kulit utk wanita dan lelaki dr lamb n sheep skin. Yang paling mahal ialah lamb skin sebab lembut dan sgt ringan. Ada yg 2 layer, boleh pakai depan belakang. Tergoda ler juga... tapi reganya mak aiii nangis whaaa😭😭😭

Next pergi Green Mosque dalam nya tiles n ceramic warna hijau. Then proceed ke silk turki.

Otw nampak Lake Uluwat( tak tau la betul eja ke tak) small town sebelah highway.
Kiri kanan jalan salji turun lagi.

Day 6 : Bursa ke Istanbul
Singgah ke Munira outlet. Bermcm produk dr kosmetik, turkish delight, madu, safaron, minyak zaitun dll. Mokcik sempat menyambar minyak Argan 3 botol 75lira, kiranyer murah dari Mesia hohoho.

Perjln diteruskan dgn naik ferry di laut marmara ke Istanbul. Tiba di Istanbul lebih kurang 5 minit berjalan kaki ke restaurant utk lunch.

Lepas lunch kami round2 lagi..Beli belah di Spice market. Solat di masjid berhampiran.
Ada pelajar berkempen. Mokcik nie curious nak tau apa ke halnyer... Rupa2nya pelajar universiti berkempen penghayatan Al Quran dlm kehidupan. Alhamdulillah byk juga jumpa remaja yg bersolat diMasjid. Semoga Islam kembali bersinar. InsyaAllah

Day 7 Gerak ke lapangan terbang Turki ( lupa nama dia) transit Tehran then sampai ke bumi Malaysia jam 10.30pg. Home sweet home. Nasi lemak sambal ikan bilis dan teh ais satu....Rindu wooo 😍😍😍



Friday, November 2, 2012

SYAIR IMAM SHAFIE SEBELUM MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR

Dah lama tak hapdat blog ni. Kesian pula pengujung setianya. Hari terasa nak kongsi sesuatu dengan you olls semua. Terjumpa ni di youtube. Syairnya menusuk kalbu. Korang layan jelah syairnya.Mudah-mudahan kita memperolehi manfaat daripadanya.


Ku persembahkan (rintihan) kepada-Mu, Tuhan sekalian makhluk akan harapanku.
Sekalipun aku seorang yang berdosa, Wahai Yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah.
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku.
Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu.
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini.
Kurniaan-Mu dan keampunan-Mu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan.
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku.
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku 
(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa).
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku.
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu.
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan.
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan.
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa.
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka.
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/ mengingati Rabbnya.
Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya dia membisu.
Dia (Rasulullah s.a.w) berkata: "Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap.
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon.
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu.
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar.
Disaat ku jaga, aku rindu, dan di saat aku lelap, aku berharap.
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang.
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini.
Namun (ku tahu) keampunan-Mu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.

Friday, July 13, 2012

BERDOALAH TANPA PUTUS ASA


Al-hidayah hari ini Ustaz pesan jika doa kita belum dimakbulkan Allah "Don't worry,be happy". Sebabnya Allah sengaja menangguhkannya kerana Allah swt suka orang yang berdoa. Doa itu menjadi ibadat dan Allah swt ingin memberi ganjaran pahala. Masyallah maha Rahmat dan Penyayangnya Allah kepada manusia. Kita sahaja yang mudah bosan.


Jadilah orang yang bersyukur. Macamana? Ikut semua suruhanNya tanpa memilih2 yang sesuai dengan nafsu. Setiap apa yang disyariatkan Allah ada hikmahnya hanya manusia yang tak tahu nak menilai. Sebab tu Allah bertanya dalam kitabNya Al Quran surah Ar Rahman ayat 13" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 


Sedikit ilmu yang ingin dikongsi: 
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).


Buat renungan: 


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. Ingatan buat diri sendiri juga...


Wednesday, May 23, 2012

DUTA VILLAGE RESORT

Kami bercadang untuk bercuti di Gambang Resort City di Pahang. Tapi bila melayari internet, rasa macam tak berapa sesuai nak bawa ibu yang tak berapa kuat untuk berjalan jauh dan duduk lama2 untuk tengok cucu2nya mandi manda, kami tukar fikiran.

Dalam keadaan yang terhad kami membuat keputusan untuk ke Duta Village Resort, ikut yang diiklankan oleh Agoda. Dah buat booking online baru teringat untuk mencari maklumat tentang resort ni. Banyak yang negatif. Mulalah hati rasa cuak.Camna ni.. nak cari lain hubby cakap ada juga review yang positif. So kitorang ambil keputusan untuk layan ajalah...

Sampai aja di resort, front desknya okay juga. Kami kena tunggu about 30 minit utnuk checkin. Aku risaukan ibu ajalah. Takut dia penat.

Masuk bilik, aku rasa komen2 yang negatif tu ada benarnya. Managment resort ni kena lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan bilik dan tempat. Tempatnya kalau diurus dengan baik memang cantik.

Bilik dan sekitarnya kena di baikpulih.Apa2pun anak aku dan sepupunya enjoy mandi kolam. Esoknya kami ke pantai yang berhadapan resort dan bermain air laut. Petang tu,air pasang ombak nya agak besar dan ganas. Alhamdullilah pagi esoknya air surut so ombaknya kurang kuat,kami pun berendam mandi laut dan merasakan pukulan ombaknya. Sekali sekala terkena ombak ganas terasa macam kena lepuk.Adoiii...



PUDING JAGUNG LAPIS COKLAT

Malam ni macam nak kongsi resepi from my hubby cousin. Macam best ja...

Bahan-bahan
BAHAN A
4 cawan santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam

BAHAN B
1/2 cawan air
1/2 cawan jagung manis(yg dalam tin)
(satukan air dan jagung,blender(ikut suka nak hancur atau x berapa hancur sgt)

BAHAN C
1/2 cawan air suam
1 sudu besar serbuk koko
(satukan air suam dan serbuk koko,kacau sebati dan tapis)

Cara membuatnya
Satukan kesemua BAHAN A,kacau sebati dan tapis.Bahagikan kepada 2 adunan
Masukkan BAHAN B dalam adunan pertama,dan BAHAN C dalam adunan kedua
Sapu sedikit minyak masak pada loyang
Bubuh satu senduk adunan koko/coklat dalam loyang dan kukus selama 5 minit
Kemudian tuang pula satu senduk adunan jagung di atas adunan koko/coklat tadi.Kukus semula selama 5 minit
Lapiskan dan kukus adunan koko/coklat dan adunan jagung berselang-seli seperti proses di atas sehingga kedua2 adunan habis
Balut penutup periuk kukus dgn kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
Sejukkan kuih sebelum dipotong
Guna pisau plastik untuk mendapatkan potongan yg mudah dan cantik



Selamat mencuba.

Sunday, May 13, 2012

SOLAT YANG PERLU DI QADHA BAGI WANITA YANG DIDATANGI HAID

Aku yakin ramai yang tetanya2 apasal pula kena qadha?!? Betul tak? Jom kita baca dan fahamkan. Sebar luaskan mudah2an kita tidak terkejut ketika mengadap Allah swt dalam keadaan kita meninggalkan solat. Ya, Allah ampuni kami atas kealpaan dan kedaifan kami....

Mengikut kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali


Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.Boleh juga merujuk kepada ustazah2 yang kita kenal untuk menerangkan/menjelasakan perkara ini.

Diharapkan info ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Sunday, April 29, 2012

UNSUR-UNSUR YANG MERROSAKKAN ILMU AGAMA

Lama juga tak menulis idea sendiri. Kali ini masih lagi mengambil bahan dari blog yang aku terbaca. Isinya menarik dan aku nak kongsi bersama2 mudha2an ia manjadi ilmu yang bermanfaat.
Kredit kepada:  http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%2016.htm


Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah
(Buku 5) 
Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah



Unsur-Unsur Yang Merosakkan Ilmu Agama


Sebahagian orang memiliki banyak ilmu agama, akan tetapi mereka tidak memelihara ilmu tersebut daripada unsur-unsur yang merosakkannya. Hasilnya, ilmu agama tersebut tidak meletakkan diri mereka kepada kedudukan yang sepatutnya, sebaliknya menjatuhkan diri mereka kepada kedudukan yang lebih rendah dan hina berbanding orang yang tiada ilmu agama. Oleh itu setiap Muslim yang berusaha untuk memahami agama perlu berwaspada dengan unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Antara unsur-unsur tersebut adalah:



Unsur # 1: Ujub Dan Sombong.
Orang yang ujub merasa dirinya hebat dan dengan itu dia meremehkan pendapat yang berbeza dengannya. Sikap ujub akan melahirkan pula sikap sombong dan dengan itu dia enggan menerima teguran orang lain sekalipun ia benar. Kedua-dua sikap ini merupakan sikap tercela yang tidak disukai oleh Allah. Allah berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa hebat (ujub) dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”
[al-Taubah, ayat 25]

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”[al-Isra, ayat 37]

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.”[Luqman, ayat 18]


Justeru orang yang berusaha untuk memahami agama hendaklah menghiasi dirinya dengan sikap-sikap terpuji seperti rendah diri dan bersederhana. Sikap ini kemudiannya akan mengarah kepada sikap menghargai pendapat orang lain, terbuka menerima teguran dan tidak segan-segan membuat pembetulan jika benar tersilap.



Unsur # 2: Meninggalkan khazanah para ulama’.
Antara natijah daripada sikap ujub adalah meninggalkan khazanah para ulama’ kerana merasakan dirinya lebih hebat daripada para ulama’. Justeru orang yang memiliki sikap ujub menganggap dirinya mampu menafsir al-Qur’an tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir, mampu memahami hadis-hadis Rasulullah tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab syarah dan mampu membuat hukum tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab fiqh.

Semua ini adalah sikap yang akan menyebabkan seseorang itu melakukan banyak kesilapan dalam usahanya untuk memahami agama Islam. Maka tidak boleh meninggalkan khazanah para ulama’ dalam usaha memahami agama Islam. Khazanah tersebut adalah jambatan yang menghubungkan seseorang kepada firman Allah dan sabda Rasulullah. Tanpa jambatan tersebut, seseorang itu akan tenggelam dalam lautan yang amat dalam.



Unsur # 3: Bersikap keras terhadap orang lain.
Termasuk natijah daripada sikap ujub ialah bersikap keras dalam berdakwah. Ini kerana rasa hebat yang tersemat dalam diri menyebabkan seseorang itu memandang rendah kepada orang lain, lalu mudah dan cepat untuk menghukumnya sebagai salah, sesat dan sebagainya. Ini adalah sikap yang perlu diperbetulkan.

Sebelum ini ketika mengupas tentang adab-adab menuntut ilmu, diterangkan bahawa antara tujuan menuntut ilmu ialah agar dapat memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam. Sunnah Rasulullah tidak terhad kepada solat dan puasa sahaja, tetapi mencakupi juga manhaj berdakwah. Maka manhaj atau sunnah baginda dalam berdakwah adalah bersikap lemah lembut, memaafkan, memohon ampun, saling berbincang dan akhirnya bertawakal kepada Allah. Manhaj atau sunnah ini adalah penting kerana jika dilakukan yang sebaliknya, orang yang cuba disampaikan dakwah akan menjauhkan diri. Ini akan menggagalkan usaha dakwah tersebut.

Manhaj atau sunnah ini diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[Ali Imran, ayat 159]


Selain itu ingin dijelaskan bahawa apabila seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, maka tidak dapat tidak ia terbuka kepada empat kemungkinan:
  1. Orang tersebut memang salah.
  2. Berlaku salah faham (miscommunication & misunderstanding) sehingga apa yang benar dianggap salah.
  3. Ilmu orang yang menghukum lebih rendah daripada ilmu orang yang dihukum. Perbezaan tahap ilmu ini menyebabkan apa yang benar dianggap salah kerana orang yang menghukum itu tidak mampu mencerna apa yang disampaikan oleh orang yang dihukum.
  4. Wujud kedengkian sehingga sengaja menghukum salah sekalipun dalam hati diakui kebenarannya.
Oleh itu sebelum seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, hendaklah dia terlebih dahulu mempertimbangkan empat kemungkinan di atas. Kemungkinan keempat tidak sepatutnya berlaku manakala kemungkinan pertama mungkin berlaku. Namun yang lebih lazim berlaku adalah kemungkinan yang kedua dan ketiga.



Unsur # 4: Dengki.
Ini adalah virus yang tidak terlepas daripada menjangkiti hati orang-orang yang memiliki banyak ilmu agama. Bahkan ia adalah penyebab utama umat para rasul, termasuk umat Muhammad, berpecah belah dan berselisihan. Allah menerangkan hakikat ini, bermaksud:

“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (tentang agama mereka); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana dengki sesama sendiri.” [al-Syura, ayat 14]


Virus kedengkian inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah belah dengan setiap pecahan menganggap kumpulan merekalah yang terbaik. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik, iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).”
[Maksud surah al-Rum, ayat 31-32]


Virus kedengkian ini jika tidak dihindari akan menyebabkan seseorang itu menerima azab yang besar pada Hari Akhirat nanti. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, Dan mereka yang bersikap demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” [Maksud surah Ali Imran, ayat 105]


Oleh itu orang yang berusaha memahami agama hendaklah sejak awal berwaspada terhadap virus ini daripada menjangkiti hati mereka. Hendaklah direnungi semula hadis-hadis yang dikemukakan tentang keikhlasan menuntut ilmu sebagaimana yang dikemukakan ketika mengupas adab-adab menuntut ilmu.



Unsur # 5: Kebencian dan bersikap tidak adil.
Antara penyakit yang disebabkan oleh virus kedengkian ialah kebencian dan ini seterusnya menyebabkan seseorang itu bertindak tidak adil kepada orang yang berbeza pandangan terhadapnya. Ini adalah fenomena yang lazim berlaku masa kini dimana orang, kumpulan atau aliran dikritik tanpa terlebih dahulu melakukan penilaian yang adil berdasarkan fakta-fakta yang sahih lagi menyeluruh. Lebih dari itu, kesilapan yang segelintir dijadikan sumber kritikan manakala kebaikan yang banyak diabaikan, seolah-olah ia tidak wujud.

Faktor kebencian dan keadilan disentuh oleh Allah dalam ayat berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [al-Maidah, ayat 8]


Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah menahan diri daripada memberi apa-apa komentar terhadap mana-mana individu, kumpulan atau aliran sehingga dia sendiri telah mengkaji secara adil lagi menyeluruh berkenaan apa yang hendak dikomentarkan.



Unsur # 6: Gemar menggelar orang lain dengan gelaran negatif.
Antara natijah daripada sikap ujub, sombong dan dengki adalah gemar menggelar orang-orang yang tidak sehaluan dengannya dengan gelaran yang bersifat negatif, umpama: “Itu orang Tabligh yang jumud”, “Ini orang Wahabi yang sesat”, “Mereka orang Tariqat yang menyeleweng” dan pelbagai lagi dengan tujuan mencela dan merendah-rendahkan mereka. Hayatilah firman Allah berikut ini yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [Maksud surah al-Hujerat, ayat 11]


Tindakan Allah mengakhiri ayat di atas dengan anjuran bertaubat menunjukkan bahawa menggelar sesama Muslim dengan gelaran yang negatif adalah satu dosa besar. Oleh itu dalam rangka memahami agama Islam, seseorang itu perlu menahan dirinya daripada menggelar orang lain dengan gelaran-gelaran negatif. Sebaliknya jika dia mengetahui secara pasti sesuatu yang tidak betul pada orang tersebut, hendaklah dia berusaha untuk menasihatinya dengan hikmah. Jika kesalahan tersebut telah merebak ke dalam masyarakat, hendaklah dia menerangkan kepada masyarakat apa yang benar tanpa mencela dan merendah-rendahkan orang yang melakukan kesalahan tersebut.

Pengecualian adalah kepada individu yang benar-benar bertindak zalim secara sengaja sama ada terhadap agama atau orang lain. Maka dibolehkan menyebut namanya agar orang ramai dapat berhati-hati daripada kezalimannya. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [al-Nisa, ayat 148]



Unsur # 7: Suka berdebat.
Sebahagian orang yang memiliki ilmu menganggap agama adalah pentas Akedemi Fantasia bagi mengukur siapa yang paling gagah dalam berhujah tanpa mengira sama ada hujah tersebut benar atau tidak. Berdebat lazimnya memiliki kemudaratan yang besar berbanding manfaat. Oleh kerana itulah Rasulullah menegaskan, maksudnya:

“Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya.” [Riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud (Maktabah al-Ma’arif, Riyadh 2000), hadis no: 4800]


Justeru orang yang berusaha untuk memahami agama hendaklah cuba sedaya upaya menjauhi perdebatan kerana ia hanya akan menyebabkan pertelingkahan, permusuhan sesama umat Islam serta pembelaan terhadap maruah diri dan bukannya kebenaran. Sebaliknya hendaklah dia cuba melalui proses dialog kerana ia lebih harmonis kepada semua pihak lagi menjanjikan hasil yang lebih bermanfaat, insya-Allah. Perdebatan hanya dibolehkan jika dapat dipastikan secara yakin bahawa manfaatnya adalah jauh lebih besar daripada mudaratnya.



Unsur # 8: Tidak menguasai perbezaan pendapat dan adab berbeza pendapat.
Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang lumrah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.” [Hud, ayat 118-119]

Oleh itu perbezaan pendapat tidak boleh disifarkan, ia hanya boleh diurusi. Maka orang yang tidak menguasai pendapat yang berbeza-beza dan adab-adab untuk berbeza pendapat, terserlah pada dirinya sikap fanatik dan pelbagai lain yang negatif. Manakala orang yang menguasainya, terserlah pada dirinya sikap matang lagi positif.

Maka orang yang berusaha untuk memahami agama hendaklah juga menguasai perbezaan pendapat dan adab untuk berbeza pendapat. Adab-adab untuk berbeza pendapat adalah sebuah bab tersendiri yang tidak dapat saya kupas dalam tulisan ini. Alhamdulillah, para pembaca dijemput mengkaji buku saya Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.



Unsur # 9: Tidak takut kepada Allah.
Orang yang benar-benar berilmu adalah orang yang takut kepada Allah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (terhadap) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.” [Fatir, ayat 28]

Sayang sekali di kalangan sebahagian orang yang “dianggap” berilmu, mereka tidak takut kepada Allah. Mereka menyampaikan hadis-hadis tanpa memerhatikan sumber dan darjatnya dan menyampaikan pendapat tanpa meneliti kekuatannya. Malah ada yang sanggup melakukan pendustaan dalam agama lalu dijustifikasikannya atas slogan Mazhab al-Syafi’e atau Ahli Sunnah wal Jamaah.

Oleh itu orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu menanam dalam dirinya rasa takut kepada Allah. Malah perasaan takut tersebut adalah ukuran bahawa dia faham agama lagi berilmu.


Adapun dalam konteks penyampaikan ilmu, maka orang-orang terbahagi kepada tiga golongan:

Pertama adalah orang yang memiliki banyak ilmu tetapi enggan menyampaikannya. Alasan yang lazim adalah dia merasakan ilmunya belum cukup. Ini adalah sikap yang tidak betul kerana ilmu tidak pernah akan cukup kerana ia sendiri tidak memiliki titik noktah. Jika seseorang itu berpandangan dia mampu mencapai “ilmu yang cukup” bagi dirinya, maka dia telah jauh tersasar.

Selain itu, orang berilmu yang enggan menyampaikan ilmu pernah disebut oleh Rasulullah sebagai:

“Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak menceritakannya seperti orang yang menyimpan harta lalu tidak menginfakkannya.”

[Maksud hadis riwayat al-Thabarani dan sanadnya dinilai hasan oleh Muhyi al-Din Dibb Mastu dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri (Dar Ibn Katsir, Damsyik, 1999)hadis no: 204].

Demikian juga dalam sebuah hadis yang lain baginda bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa yang ditanya berkenaan suatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, pasti dia akan diikat pada Hari Kiamat dengan tali dari neraka.”

[Riwayat al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi (Maktabah al-Ma’arif, Riyadh 2000)hadis no: 2649].


Kedua adalah orang yang tidak berilmu tetapi dia menyampaikannya. Ini juga adalah sikap yang tidak betul. Setuju, bahawa menyampaikan ilmu adalah usaha yang amat baik. Allah menegaskan hal ini:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang shalih, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” [Maksud surah al-Fussilat, ayat 33]


Walaubagaimanapun perlu diinsafi bahawa usaha penyampaian tersebut hendaklah berdasarkan ilmu, iaitu berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Ini kerana Islam adalah agama yang berteraskan dalil dan hujah yang difahami berdasarkan metodologi ilmiah. Ia bukanlah agama cerita yang dibuat-buat atau hikayat turun temurun. Allah berfirman, maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada agama Allahberdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.”
[Yusuf, ayat 108]


Orang yang menyampaikan ilmu perlu sedar bahawa dia memainkan peranan sebagai duta yang mewakili Allah dan Rasulullah. Apabila dia menyampaikan sesuatu yang tidak berasal, atau tidak dapat dipastikan berasal daripada Allah dan Rasulullah, bererti dia berdusta di atas nama Allah dan Rasulullah. Ini adalah kesalahan yang besar. Firman Allah:

“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah.”
[Maksud surah al-Ankabut, ayat 68]


Sabda Rasulullah:

“Jangan berdusta atas (nama)ku kerana sesungguhnya sesiapa yang berdusta atas (nama)ku, maka dia akan memasuki neraka.”

[Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan, (Dar al-Salam, Riyadh, 1995), hadis no: 1]


Ketiga adalah orang yang memiliki sebahagian ilmu dan dia menjadikan penyampaian ilmu sebagai saranan untuk menambah ilmu. Penambahan berlaku kerana sebelum menulis, dia akan mengkaji subjek yang bakal ditulis sedaya mampu dan ini akan menambah ilmunya. Demikian juga sebelum memberi kuliah, dia akan membuat kajian dalam judul yang bakal dia sampaikan sedaya mampu dan ini akan menambah ilmunya.

Dalam susun kata yang lain, dia menyampaikan ilmu bukan kerana merasakan dirinya layak (tidak ujub) tetapi semata-mata sebagai sarana untuk menambahkan lagi ilmunya. Atas sikap ini, dia tidak akan menyampaikan ilmu dalam subjek yang tidak dikuasainya dan dia juga tidak akan menjawab sesuatu soalan yang tidak diketahui, melainkan menangguhkannya.

Sikap golongan yang ketiga adalah sikap yang betul. Memiliki ilmu sebelum menyampaikannya adalah sikap yang benar, akan tetapi ia tidaklah bererti setiap orang perlu mencapai taraf mujtahid sebelum menjadi penyampai ilmu. Memadai dia menguasai ilmu dalam ruang lingkup yang bakal disampaikannya. Orang yang ingin berdakwah kepada bukan Islam perlu menguasai adab-adab dakwah dan penjelasan bagi salah faham yang biasa dihadapi oleh bukan Islam terhadap agama Islam. Orang yang ingin menyampaikan kuliah tafsir perlu menguasai ilmu usul tafsir dan mengkaji kitab-kitab tafsir sebelum menyampaikannya. Orang yang ingin menulis buku fiqh perlu mengkaji pendapat-pendapat dari mazhab yang empat serta dalil-dalil meraka dalam subjek fiqh tersebut sebelum menulisnya.


Demikian sembilan unsur yang saya nasihatkan diri saya dan para pembaca sekalian agar berwaspada dalam rangka berusaha untuk memahami agama Islam.