Thursday, June 30, 2011

ISRAK MIKRAJ

27 rejab hari tu,lepas Maghrib, aku dengar ceramah israk mikraj. Kali ni ustaz bawa melihat peristiwa itu dari sudut lain.

Mula2 ustaz ceritakan tentang 2 masjid yang Nabi singgah dan sembahyang didalamnya iaitu MasjidilHaram dan Masjid Al Aqsa. Ini adalah 2 masjid yang terawal dibina diatas mukabumi.

Kemudian ustaz bawa kita ke Palestin.Rasanya sangat terkesan sekali melihat penderitaan saudara semuslim kita di lanyak Israel.Perasaan bercampur baur, sedih, sakit hati,simpati. Selama hari ni aku tak berapa kisah tentang ni.Tapi bila dengar ceramah ustaz, kalau hari2 dibawa ceramah, mau jadi sukarelawan,naik semangatnya...wa cakap lu.

Betapa deritanya mereka mempertahankan Al Aqsa.Tapi kita disini,ruang likupnya hanya sekitar diri dan keluarga aja. Betapa jual ikannya kita.(selfish)

Ayuh!Kita gerakkan diri, mulakan dengan mengirimkan doa tanpa henti buat saudara semuslim kita disana.Dan ringan2kan tangan untuk menghulur derma.(Ustaz kata org palestin ni tidak meminta2. Jiwa diorang besar.Tapi tanggungjawab kita untuk memberi infak)

Mudah2an Allah akan memberi ganjaran kepada mereka dengan sebaik2 ganjaran.Amin...

Tuesday, June 28, 2011

TAUBAT

Itu adalah tajuk ceramah yang aku dengar malam tadi oleh Ustaz Badlishah di TV9. Menarik ceramahnya. Ustaz cakap yang kita ni sepatutnya selalu bertaubat. Allah sukakan orang yang bertaubat, kalau boleh setiap hari.

Hata Nabi s.a.w sendiri yang maksum itupun memohon ampun dan beristigfar setiap hari. Apatah lagi kita yang sememangnya selalu buat dosa, samada kita sedar atau tidak, yang dibuat terang2an mahupun yang tersembunyi.

Sebesar mana sekalipun kita berdosa, jangan sekali2 kita putus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk ke surga Allah adalah kerana Rahmatnya bukan kerana amalan kita.So Jangan sesekali kita sombong dengan amalan yang kita perasan kita banyak buat. Belum tentu Allah terima.

Aku tertarik dengan contoh yang ustaz berikan, tentang tanda2 taubat kita tak diterima seperti suka cakap pedaah(tipu dalam loghat pahang). Contoh yang Ustaz bagi macam ada seorang pemuda tu, nak benar cakap besar, dia cakap ada sebatang pokok kelapa tertinggi di Temerloh sehinggakan kalau panjat, satu Temerloh boleh nampak. Datang lagi seorang pemuda, dek kerana tak mau mengalah, dia pun cakap ditempat dia, lagi hebat sebab ada sebatang pokok kelapa di kampungnya, beruk yang panjat pokok tu sampai jadi tua bila sampai ke tanah, punya tingginya pokok dia?!? Lawak ustaz.

Ketawa aku and huby dengar...

Monday, June 20, 2011

ADA AKU KESAH?!?

Ungkapan diatas dah jadi ungkapan biasa kita hari ini. Dipandang dari sudut positif, ada manfaatnya sikap ni.Contohnya, bila ada orang nak ngumpat ke,ngata orang ke, hina orang ke atau mengintip2 aib orang ke..., rasa2 aku kita boleh gunakan ungkapan ni sebagai penyelamat agar kita tak ambil pot tentang umpatan,cercaan orang.(Tapi janganlah cakap kuat2, dalam hati sudah...Takut2 menyakitkan hati kenkawan)

Kalau difikir2kan kita ni terlalu banyak nak fikirkan keaiban,kesalahan orang. Tapi kita selalu lupa yang bila kita menuding jari pada orang,4 jari kembali kepada kita. Lagipun benda2 tu(umpatan dsbnya)tak jadi kudispun kat kita.

Kan ke lebih baik, kalau kita menghisab diri kita dulu, sebelum Allah menghisabnya di akhirat. Orang yang kita umpat tu,bukan dpt menolong kitapun malah berdosa kita mengumpat orang.

Aku mengingatkan diri dan berpesan agar kita menghayati firman Allah:“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

Sesuailah juga, aku mengutarakan hal ini dalam bulan rejab ni, dimana Allah memperlihatkan bagaimana keadaan org yang suka mengumpat.Sabda Nabi s.a.w. "Pada malam aku di Isra’kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril, siapa mereka ini?” Jawab Jibril: “Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang.”

Di dalam sebuah hadis shahîh yang bermaksud: “Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.”

Takutlah kita semua pada hari dimana Allah memperlihatkan kita akan amal perbuatan kita.Mudah2an kita tidak menjadi orang yang muflis.

Lindungi kami ya, Allah dan berikan kami kekuatan agar kami menjadi orang yang lebih baik. Mudahkanlah sakaratulmaut kami, Ya Rahman, Ya Rahim.Rahmatilah kami... Amin.

Friday, June 17, 2011

BANJARMASIN

Beberapa minggu lepas ada cerita tentang bot karam(kalau tak silap) di Banjarmasin, Indonesia. Cerita pasal Banjarmasin ni teringat aku masa mula2 kahwin dulu.Suami cakap Atuknya dari Banjarmasin. Aku gelak. Aku ingat dia melawak, rupa2nya memang wilayah ni wujud.Atuknya tuan guru merantau ke Arab Saudi sebelum datang ke Malaysia. Zaman dulu2 kan boleh gi mana2 tak perlu pasrport dan visa bagai...Kekira my hubby tu 3rd generation la.

Sayangnya, dia tiada contact atau sedara mara yang dikenali. Aku rasa teruja untuk menjejak susur galur diorang.

Aku sendiripun baru tahu, yang atuk nenekku datang nya dari Acheh. Itupun setelah berkahwin. My hubby tanya dengan arwah pak sedara. Dia kata atuk aku, datang dari Acheh. Gitu ceritanya...

So kalau selidik2 kita org Malaysia ni siapa sebenarnya yang pure org Mesia yek?

Thursday, June 16, 2011

TANYALAH USTAZAH 2

Seronok pula bila tengok ada yang memberi respons pada entri dgn tajuk di atas.Masing2 ada pendapat sendiri. Apa2pun jangan lupa rujukan kita iaitu al quran, hadis dan ijmak ulama.

Kita memang perlu banyak belajar. Lagi banyak kita belajar,lagi banyak yang kita tak tahu.Tapi dalam menentukan hukum, ia kena jelas. Tak boleh dicampur adukkan yang hak dan yang bathil. Takut2 terbatal iman. Jika apa yang tercatat dalam quran itu tidak kita terima/tolak,jawapnya terbatal iman.Bukankah salah satu rukun iman ialah percaya kepada kitab? Kalau kita cuma tidak lakasanakan tapi tidak menolak hukum, itu dikira dosa dan tidak gugur iman.Berhati2 lah...

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu Mengetahui.” (QS Al Baqarah, 2:42)

“Katakanlah, ‘Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?’ Yaitu, orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.”
(QS. Al-Kahfi: 103-104). Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi...


Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhan-ku

Wahai Tuhan... selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu


Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..
Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Thursday, June 9, 2011

BERLAKU ADIL

Heboh cerita, pelajar cemerlang SPM 2010 tak dapat biasiswa JPA dan tempat di matrik.Aku sort of dapat rasa their frustration. Kalau kita ditempat merekapun tentu kita sedih. Dah berhempas pulas buat yang terbaik dan dapat result yang baik tapi tak dapat tempat.Tak kira bangsa. Anak aku tahun 2009 dulu pun camtu juga. Rasa kecewa... Macam pelajar2 ni tak dihargai.

So aku rasa, ni salah satu sebab kenapa pelajar2 ni, bila habis belajar tak berapa nak balik kerja disini. Rasa2nya memang tak adil kita nak marahkan diorang, kata tak patriotik bagai.Dah kita buat donno aja kat diorang pada awalnya.

Lagi satu disebabkan bangsa, diorang ni tak dapat tempat di matrik dsbnya. Ini pun aku rasa tak adil. Hiba betul aku pada anak didik aku(tahun2 sebelumnya)keputusan cemerlang tapi cuma dapat form six aja...Sedih sesangat...

Tiada siapa yang lahir ke dunia ni boleh pilih bangsa apa yang diorang nak. So kenapa kita nak beza2kan pelajar warga Malaysia ni kerana bangsa.Walaupun kita nak menjaga hak sebagai bumiputra, tapi pada waktu yang sama kita mesti adil pada pelajar2 ni.Aku memang sedih bila tanya anak didik, dapat sambung mana? Jawapannya cuma form six, walaupun cemerlang...Bukankah Allah jadikan kita berbeza2 agar kita dapat kenal mengenal antara satu sama lain?

Fikir2kan. Bayangkan kita berada di tempat diorang.

Wednesday, June 8, 2011

IHSAN

Orang kata jauh berjalan luas pandangan. Ada yang positif dan negatif. Aku cuti sekolah ni selalu travel, sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan. Tiap kali singgah masjid untuk mengadapNya, selalu perkara ni terjadi.

Orang kita ni, aku rasa selfish.Kat tandas masjid dah tertulis, selipar masjid jangan di bawa keluar. Ada ramai yang buat badak. Diorang fikirkan diri sendiri aja. Mereka lupa nak jaga kesucian saudara muslim yang lain. Tak tefikir ke, yang kita mungkin terbawa najis ke serata tempat di Masjid, hanya kerana dek kita sorang nak pastikan kesucian utk solat.

Tolonglah..., jangan tamak. Bukankah surga Allah tu luas.Kesian belaslah dengan orang lain juga,yang hendak suci dan solatnya diterima. Sesamalah kita jaga kesucian masjid. Ikut la arahan yang tertulis. Jangan dek kerana kita sorang tak pandai baca, habis semua orang terpalit sama.

Wahai tuhan, insafkan diri kami dan campakkan dan suburkanlah rasa kasih sayang kami sesama makhluk.Amin

DOSA BESAR

Mengikut kata ustaz, selain dari syirik dan derhaka kepada kedua ibubapa, saksi palsu adalah dosa besar yang rangkingnya jatuh yang ketiga.

Yang dikatakan dosa besar itu adalah dosa yang Allah haramkan pelakunya dari surga. Hatta bau surga pun dia tak dapat,sedangkan surga itu jaraknya dengan neraka adalah jarak sekali.

Cuma palsu yang tidak kira dosa cuma gigi palsu aja...

Saturday, June 4, 2011

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

*Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa SaiyidinaAli betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal anan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
(kredit kepada zakri alirangkuti)

Thursday, June 2, 2011

MELAKA 2

Hari kedua kami ke zoo Melaka dan Taman Mini. Kat kawasan sekitar Seri Malaysia ni banyak tempat menarik taman rama2 dan buaya pun ada. Tak cukup masa kalau 2 hari. Kitorang gi zoo,sebab anak bongsu nak sangat pergi. Tapi we enjoy our time there. Tempatnya luas, lebih kurang 54 ekar. Kalau jalan kaki memang letih, so we all naik train. Dewasa RM 2 dan kanak2 RM 1. Entrance fee untuk masuk zoo RM 7 dewasa, RM 5 kanak2.

My daughter tengah beratur nak beli tiket

Kami berjalan masuk ke zoo


Walaupun ada amaran tak boleh menyakiti binatang dalam zoo, ada juga manusia dengan gembiranya membaling harimau dengan batu. Sedih betul tengok binatang tu nak pertahankan diri. Betullah dalam dunia manusia ada haiwan,dalam dunia haiwan tiada manusia. Kalau aku ada dekat situ dan bukan atas train nak ja aku sound... Apa punya turr...la.

Tempat ni macam rumah hantu la... Diorang kelamkan lampu dan sekitarnya diletakkan replika cam harimau,singa dan lain2 sambil dibuat sound effect bunyi binatang2 tu, memang terkejut2 juga.

Hari tu, Ahad ramai orang so nak naik train pun beratur. 3 kali trip baru kami dapat naik

3 dara dengan mak dara. Rombongan bebudak sekolah pun ada. Diorang charge RM 2 utk bebudak ni for entrance fee. Naik train tak pasti. Letih tengok cikgu2nya mengawal pelajar2 ni.

Dalam banyak2 binatang, buaya ni yang paling aku suka. Lucu rasanya. Kalau tengok dia macam helpless tak bermaya dan tak ganas. Tangan dia tu macam terpeliok, mata seolah2 tak larat nak buka, ala2 letih gitu. Tapi aku percaya kalau ada peluang pasti dia akan membaham mangsa tanpa belas kasihan. Sebab tu ada orang kata buaya darat. Aku rasa rupe ni le... gamaknya, nampak alim, tapi alim taik kucing!?!

Wednesday, June 1, 2011

MELAKA

Cuti sekolah sinonim dengan musim orang kahwin,banyak undangan diterima.Salah satunya dari cousin aku di Melaka. Alhamdulilah kali ni kami berkesempatan ke sana.

Terlanjur ke sana kami plan untuk tidur di Seri Malaysia. Kira 2 dalam 1 bercuti dan menghadiri walimatulurus. Melaka ni sebenarnya tempat ulangalik kami selama 3 tahun sebelum ni. Anak aku belajar di UiTM.

Pandangan hadapan Seri Malaysia.




Bilik anak. Kira ok juga lah besarnya.


Seri Malaysia, Air Keroh ni, antara rangkaian hotelnya yang ada kolam renang. Galaklah anak lelaki yang paling halui(orang banjar cakap)berkubang, tapi dapat sekejap aja.

Malam Ahad, kami gi naik cruise. Air dia boleh tahan juga harumnya - bau cam air lembah. Sayang betul... Kalau air tu di selengara dan dijaga kebersihannya memang cantik juga, tambahan waktu malam. Tiket dewasa RM 10, bebudak RM 5



Sedih tengok orang2 yang hadir. Pakaiannya... mak aii, Bertudung tapi sendat ketat, baik remaja maupun mak budak. Kesiannya kita orang Islam, harta tak berapa ada akhlak hancus. Mudah2an Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka kerana sesungguhnya hidayah itu milikNya. Ya,Allah kurniakan kami penghabisan yang baik. Semoga aku dan anak2 dapat istiqamah dalam menjaga akhlak dan beramal soleh hingga akhir hayat... Ya,Allah ampunkanlah dan rahmatilah kami semua.